Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Angkatan Tentera adakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Pertahanan Thailand

Panglima Angkatan Tentera adakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Pertahanan Thailand

by Air Times News Network

BANGKOK, 10 Mac – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Pertahanan Thailand, General Chaichan Changmongkol, semalam.

Pertemuan tersebut merupakan antara rangka kerja lawatan beliau ke negara jiran.

“Kunjungan ini bertujuan untuk memperkasa hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang pertahanan,

“Ini sekaligus mengeratkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Thailand khususnya dalam aspek keselamatan serantau,” kata Angkatan Tentera Malaysia di akaun media sosial rasminya.

Affendi terdahulu memulakan lawatan ke Thailand pada 8 Mac dengan mengadakan kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Angkatan Tentera Thailand. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply