Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan

Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan

by Air Times News Network

SANDAKAN, 9 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan seludup barang kawalan keluar dari negara tanpa sebarang dokumen di kawasan laut Pulau Pemaguan, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Deputi Suprentenden Polis Rusdin Banin berkata, pasukannya telah mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan dikawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa barang kawalan seperti beberapa minyak diesel, minyak petrol, minyak masak dan tong gas LPG tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa,

“Seorang Juragan lelaki dewasa gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa barang-barang tersebut keluar dari negara,” katanya.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke  Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai rampasan termasuk kapal ikan yang digunakan berjumlah RM28,177.00. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply