KUCHING, 9 Mac – Pasukan Gerakan Am (PGA) telah merampas 18 kotak rokok pelbagai jenama dipercayai rokok seludup di pekan Pusa, semalam.
PGA dalam satu hantarannya berkata, hasil pemeriksaan menjumpai sebanyak 18 kotak rokok pelbagai jenama dipercayai rokok seludup tanpa cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
“Rampasan terdiri daripada rokok putih seperti Rave 98,000 batang, Longbo 10,000 batang, Saigon Merah 7,000 batang,
“Rokok Saigon Hijau 7,800 batang, L.A Light Merah 16,640 batang, L.A Mentol 5,440 batang, Wild Mild 11,200 batang serta rokok Bold 11,000 batang,
“Modus operandi dengan menyimpan rokok seludup di rumah tidak berpenghuni adalah untuk mengaburi mata pihak berkuasa”, jelas hantaran itu.
Tambahya, kesemua barang dirampas dan diserahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah IPD Betong untuk siasatan lanjut.
Jumlah keseluruhan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM129,738.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -airtimes.my