Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan pasangan kekasih, rakan edar dadah di Langkawi

Polis tahan pasangan kekasih, rakan edar dadah di Langkawi

by Air Times News Network

LANGKAWI, 7 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 3 individu termasuk sepasang kekasih terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di Kampung Huma, Ayer Hangat, Langkawi, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Polis Shariman Ashari berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah melakukan satu serbuan di sebuah rumah kampung tersebut.

“Pihak polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan bersama sepasang kekasih berumur 27 hingga 41 tahun pada jam 5 petang,

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas rumah berkenaan telah menjumpai dadah disyaki jenis heroin seberat 4.08 kg dan syabu 775 gram bernilai RM73,600,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, pihak polis juga telah menyita sebuah kereta jenis Honda City bernilai RM35,000.

“Kesemua yang ditahan telah direman selama 7 hari untuk siasatan lanjut di bawah Sek 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply