Home Pertahanan dan Keselamatan JIM serbu kilang, 86 warga asing diberkas

JIM serbu kilang, 86 warga asing diberkas

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 7 Mac – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor telah melakukan serbuan ke atas sebuah kilang dalam satu operasi penguatkuasaan, Operasi Mahir yang telah menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah di kawasan perindustrian Senai, pada Sabtu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan telah dilakukan pada jam 10.30 malam melibatkan 52 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIM Johor telah menyerbu kilang serta memeriksa seramai 185 pekerja asing.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut seramai 86 orang warga asing telah ditahan iaitu 3 lelaki warga Myanmar, 16 lelaki warga Nepal, 64 lelaki warga India, 3 lelaki warga Bangladesh,

“Kesemua mereka berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 40 tahun,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, pelbagai kesalahan telah dikenal pasti oleh kesemua pekerja diantaranya ialah tiada dokumen pengenalan diri dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut menjelaskan, kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk tindakan lanjut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply