Home Pertahanan dan Keselamatan Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 akan dilancarkan – Hishammuddin

Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 akan dilancarkan – Hishammuddin

by Air Times News Network

JOHOR, 7 Mac – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, tiada istilah berpuas hati dalam soal perumahan Angkatan Tentera Malaysia dan ia akan sentiasa ditambah baik.

“Dalam masa terdekat, Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 akan dilancarkan,

“Jumlah Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) yang akan dibina di bawah blueprint ini adalah mengikut perancangan menyeluruh.

“Ia selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia iaitu menitikberatkan kesejahteraan hidup setiap Keluarga Malaysia yang berbilang bangsa, agama serta budaya,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyempurnakan Majlis Pelancaran RKMAT Kem Segamat.

Katanya, RKMAT ini menggambarkan keseriusan Kementerian Pertahanan untuk memelihara moral dan semangat para anggota melalui aspek kediaman. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply