Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin patahkan cubaan seludup minyak petrol ke negara jiran

Polis Marin patahkan cubaan seludup minyak petrol ke negara jiran

A+A-
Reset

SEMPORNA, 1 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah menahan sebuah bot yang membawa barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran di Laut Kelapuan, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan menjumpai beberapa jerikin berisi minyak petrol yang cuba diseludup ke negara jiran.

“Kesemua hasil rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961”, katanya.

Beliau berkata, hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM14,681.60. -airtimes.my

KATA KUNCI : PPMSabahseludup

Leave a Reply