Home Pertahanan dan Keselamatan Penyeludup ketum berputih mata, rugi RM61,979.60

Penyeludup ketum berputih mata, rugi RM61,979.60

by Air Times News Network

KUALA NERANG, 22 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya membanteras kegiatan penyeludup barang larangan di sempadan Malaysia-Thailand melalui Op Benteng Zon Utara, pada Ahad.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged) dalam satu hantaran di media sosialnya berkata, pasukan keselamatan berjaya menahan seramai 2 lelaki tempatan bersama 1 kenderaan pacuan 4 roda.

“Tindakan pantas pasukan keselamatan operasi berjaya menahan kenderaan yang dinaiki suspek serta pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai 11 guni berisi daun ketum,

“Hasil soal siasat terhadap suspek memaklumkan kesemua daun ketum adalah untuk dipasarkan ke negara jiran,” katanya.

Tambahnya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM61,979.60.

Menurutnya lagi, barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply