Home Pertahanan dan Keselamatan JHEV ATM, Jabatan Kabajikan Masyrakat bantu veteran tentera terlantar sakit

JHEV ATM, Jabatan Kabajikan Masyrakat bantu veteran tentera terlantar sakit

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Selangor dan Kuala Lumpur melaksanakan program gotong royong membersihkan rumah veteran tentera yang telantar sakit di Jalan Mewah 3, Bandar Tun Razak, pada Selasa.

JHEV ATM dalam hantaran di media sosialnya berkata, gotong-royong bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan telah dilaksanakan di rumah Ahmad Abdul Rahman yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau menghidap penyakit kencing manis yang serius menyebabkan kaki sebelah kiri telah dipotong dan isterinya mempunyai masalah penglihatan.

“Veteran dan isteri mempunyai 3 orang anak, mereka berdua tinggal dirumah sendiri bersama seorang anak lelaki, namun 2 orang anak lain telah 5 tahun tidak menziarahi mereka,

“Kehidupan seharian veteran sekeluarga banyak dibantu oleh jiran tetangga terutamanya apabila anak lelaki veteran keluar bekerja termasuk pada hujung minggu,” ujarnya.

Sementara itu, JHEV ATM telah menyampaikan sumbangan katil dan tilam spesifikasi hospital serta kerusi roda kepada Ahmad.

Manakala Persatuan Veteran ATM Cawangan Kuala Lumpur telah menyumbangkan tilam bagi kegunaan isteri veteran tersebut.

Selain itu, agensi lain terlibat dalam program yang bermula 8 pagi hingga 5 petang ini adalah wakil pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, DBKL, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Tun Razak dan Pejabat Persatuan Veteran ATM Cawangan Kuala Lumpur. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply