Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis Marin tahan kapal kargo, rampas barangan kosmetik dan arak di perairan negara – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan kapal kargo, rampas barangan kosmetik dan arak di perairan negara

Polis Marin tahan kapal kargo, rampas barangan kosmetik dan arak di perairan negara

by Nurulhuda

SANDAKAN, 12 Feb – Pasukan Polis Marin Sandakan (PPM) telah merampas barangan pelbagai jenis kosmetik, ubat-ubatan, haiwan hidupan liar dan minuman keras di kawasan laut Pulau Bai, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, anggotanya telah berjaya menahan dan memeriksa sebuah kapal kargo dijuragani oleh lelaki warganegara Filipina yang berlabuh diperairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis kosmetik, ubat-ubatan, haiwan yang tidak mempunyai kelulusan dan pelbagai jenis minuman keras yang tidak mempunyai label cukai kelulusan Kastam,

“Anggaran nilai kesemua barang rampasan dianggarkan sebanyak RM75,465.00,” jelasnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Semua barang rampasan tersebut telah dibawa ke Markas Operasi Polis Marin Sandakan. Kes disiasat dibawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 , Akta Kastam 1967 dan Akta Hidupan Liar 1972.

Dalam masa yang sama, Rusdin berkata, pihaknya menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat ke PPM Wilayah 4 bagi mengelakkan jenayah rentas sempadan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?