Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir 2 warga Filipina ceroboh perairan negara

Polis Marin usir 2 warga Filipina ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

SEMPORNA, 4 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) mengusir sebuah bot asing memasuki perairan negara tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah di Pulau Mataking, hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi  PPM Semporna, Deputi Suprintenden Polis Mohamad Ismail berkata, pasukannya menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran berwarna merah pada jam lebih kurang 08.00 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati 2 orang lelaki dewasa berbangsa Bajau Filipina telah memasuki perairan negara tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah,

“Pengusiran telah dilakukan dan bot tersebut diiring keluar dari perairan negara,” katanya.

Sementara itu, tindakan tersebut selaras dengan undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply