Home Pertahanan dan Keselamatan Lelaki ditahan polis selepas 19 tahun diburu, bersama senjata api

Lelaki ditahan polis selepas 19 tahun diburu, bersama senjata api

by Air Times News Network

GUA MUSANG, 3 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang lelaki melayu yang menjadi buruan selama 19 tahun di Jalan Kampung Kubang Edang, Kota Bharu, Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan, Komisioner Polis Datuk Shafien Mamat berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 9.30 pagi dalam keadaan khayal di dalam sebuah kereta di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai sepucuk pistol bersama 10 butir peluru yang dibeli daripada seorang lelaki warga Thailand awal September tahun lalu,

“Turut ditemui bersama suspek 2 bilah pedang samurai, 1 gelen plastik putih mengandungi cecair disyaki dadah, 10,000 pil Epam dan wang tunai berjumlah RM54,000 dipercayai hasil jualan dadah,” katanya dalam sidang media, semalam.

Shafien berkata, hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek telah ditahan reman selama 7 hari bermula Selasa dan kes disiasat di bawah seksyen 8 akta senjatapi (penalti lebih berat) 1971 dan seksyen 8(a) akta senjata 1960,

“Suspek juga disiasat dibawah seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply