Home Pertahanan dan Keselamatan PGA cekup 20 PATI Indonesia baru mendarat

PGA cekup 20 PATI Indonesia baru mendarat

by Air Times News Network

KUALA SELANGOR, 1 Feb – Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang baru mendarat dicekup anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di pantai Malaysia pada Isnin.

Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia dalam hantaran di media sosialnya berkata, pegawai dan anggota Batalion 4 PGA telah menahan kesemua PATI dalam Op Nyah 1 Selangor pada jam 7.00 pagi.

“Kesemua PATI Indonesia yang dipercayai baru mendarat di pantai Malaysia telah berlepas dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia pada jam 3.00 pagi,

“Mereka telah membayar wang kepada sindiket sebanyak RM1,300 hingga RM 1,500 untuk dibawa menyeberangi selat Melaka dengan menaiki bot nelayan,” katanya.

Menurutnya, kesemua PATI gagal kemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta mengaku baru sahaja mendarat di Malaysia dengan menggunakan bot nelayan melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Anggota PGA telah membuat tangkapan terhadap kesemua PATI dan dibawa ke Pos PGA bagi tujuan dokumentasi,

“Seterusnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply