Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas 80 bungkus ketum bernilai RM64 ribu

Polis Marin rampas 80 bungkus ketum bernilai RM64 ribu

by Air Times News Network

ALOR SETAR, 28 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu telah merampas sebanyak 80 bungkusan hitam yang mengandungi daun ketum di 2 kawasan berasingan sekitar Kuala Kedah, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis, Shamsol Kassim berkata, Unit Risik PPM bersama Unit Risik Kompeni D Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 telah menemui sebanyak 50 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum di Jalan Sematang Pinang.

Beliau berkata, Operasi Khas (Op Khas) ini diadakan sempena musim perayaan tahun baru Cina pada jam 5 pagi.

“Kesemua bungkusan itu dianggarkan seberat lebih kurang 500 kilogram ditemui tanpa pemilik di kawasan kejadian,

“Hasil maklumat unit risikan, terdapat satu lagi lokasi di laut di mana terdapat bungkusan plastik hitam juga disyaki mengandungi daun ketum,” katanya.

Tambahnya lagi, hasil daripada maklumat berkenaan, PPM telah menghantar bot ronda ke lokasi dan berjaya menemui sebanyak 30 bungkusan hitam mengandungi daun ketum pada jam 9 pagi dan dianggar seberat 300 kilogram di kedudukan 1.5 batu nautika dari Kuala Kedah.

“Walaubagaimanapun kita tidak mengesan mana-mana individu yang mencurigakan berada di sekitar tempat kejadian,

“Anggaran keseluruhan rampasan sebanyak RM64,000 dan kesemua rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Star untuk tindakan lanjut,

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply