Home Pertahanan dan Keselamatan PGA cekup 50 PATI baru mendarat

PGA cekup 50 PATI baru mendarat

by Air Times News Network

KUALA SELANGOR, 28 Jan – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk ke Malaysia di persisir pantai Bagan Pasir, Kuala Selangor awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintenden Rizal Mohamed berkata, anggotanya telah mengesan dan menahan 40 lelaki serta 10 perempuan warga asing berusia antara 19 hingga 51 tahun pada jam 12.10 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,

“Mereka dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot,” katanya dalam kenyatan pada Jumaat.

Beliau berkata, tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigrsesn 1959/63.

“Kesemua tangkapan dan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply