Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot nelayan tempatan gaji kru warga Indonesia di Miri

APMM tahan bot nelayan tempatan gaji kru warga Indonesia di Miri

by Air Times News Network

MIRI, 14 Jan – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Miri telah menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) di perairan Miri, semalam.

Pemangku Pengarah APMM Miri, Komander Maritim Eizanizam Muhammad Eng berkata, aset KM Stapa mengesan sebuah bot mencurigakan dipercayai sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan yang dikendalikan oleh seorang tekong lelaki warga tempatan bersama 4 lelaki kru warga Indonesia yang mempunyai dokumen pengenalan diri lengkap,

“Kesemua kru termasuk tekong ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan taman laut dengan melakukan aktiviti menangkap ikan di Sibuti Coral Reef National Park,” jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, kesemua barang rampasan serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 500 kilogram (kg) diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi siasatan lanjut.

Eizanizam Muhammad berkata, kes akan disiasat di bawah Ordinan Taman Laut dan Rezab Semula Jadi 1998 dan jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5 ribu, dan penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, APMM akan bekerjasama dengan pelbagai agensi lain dalam usaha menguatkuasakan undang-undang di perairan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply