Home Pertahanan dan Keselamatan Sorok ganja bernilai lebih RM175,000 dalam bas kilang

Sorok ganja bernilai lebih RM175,000 dalam bas kilang

by Air Times News Network

KULIM, 13 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan seramai 5 individu warga tempatan termasuk seorang wanita di beberapa lokasi berasingan di sekitar Pulau Pinang pada 6 dan 7 Januari lepas.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Polis Wan Hassan Wan Ahmad, berkata tangkapan yang pertama telah dilakukan pada 6 Januari 2022 jam 5 petang melibatkan seorang pemandu bas kilang.

“Hasil penahanan individu berkenaan telah membawa kepada penemuan 2 guni didalam bas berkenaan,

“Guni yang pertama mengandungi sebanyak 19 ketul dadah yang dipercayai jenis ganja mampat dan guni kedua sebanyak 22 ketul,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Wan Hassan berkata, tangkapan kedua telah dilakukan di Pasar Air Hitam melibatkan seorang lelaki warga tempatan dan menjumpai dadah jenis ganja seberat 2 kilogram.

Tambahnya lagi, tangkapan ketiga dilakukan pada 7 Januari jam 12.30 tengah hari di Sungai Lokan, Butterworth dan telah menahan seorang wanita tempatan serta menjumpai sebanyak 4 ketulan dadah jenis ganja seberat 4 kilogram.

“Tangkapan yang keempat telah dilakukan di Taman Kemuning, Kulim dan menahan 2 lelaki tempatan bersama dadah,

“Serbuan yang kelima dijalankan di Jelutong pada jam 8 malam dan menjumpai sebanyak 10 ketulan dadah jenis ganja,” ujarnya.

Menurut Wan Hassan, kesemua dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini dan Pulau Pinang -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply