Home Pertahanan dan Keselamatan Program perolehan LMS telah lengkap, satu pencapaian bersejarah – Hishammuddin

Program perolehan LMS telah lengkap, satu pencapaian bersejarah – Hishammuddin

by M.Daim

KOTA KINABALU, 13 Jan – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyatakan kejayaan perolehan 4 kapal misi pesisir (Littoral Mission Ship) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu pencapaian bersejarah.

“Keberadaan keempat-empat LMS di dalam negara khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) hari ini cukup bermakna,

“Ia menandakan kesemua LMS telah selesai diterima oleh TLDM dalam tempoh yang ditetapkan,

“TLDM kini boleh melaksanakan sepenuhnya perancangan mereka menerusi LMS ini khususnya di bawah Program Transformasi 15 to 5 bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau tiba di PTKK untuk menyaksikan sendiri kapal LMS yang diterima oleh TLDM.

Dalam pada itu, beliau menyatakan LMS ke-4, Rencong akan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada 28 Januari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply