Home Pertahanan dan Keselamatan 4 kanak-kanak antara 14 PATI Indonesia ditahan

4 kanak-kanak antara 14 PATI Indonesia ditahan

by Air Times News Network

TAWAU, 13 Jan – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan hasrat 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia cuba ceroboh masuk ke negara melalui laluan tidak sah di Jeti Pemunggahan Balak, Kampung Hidayat, semalam.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, Tim Quick Reaction Force (QRF) sedang melaksanakan rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

Tambah Abdul Karim, bot yang membawa PATI kemudiannya beredar secara tergesa-gesa dari kawasan tersebut selepas menurunkan kesemua PATI ke daratan dan Tim QRF telah bertindak mengepung serta membuat serbuan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 14 PATI warga Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah cuba memasuki ke negara melalui laluan tidak sah,

“Kesemua PATI terdiri daripada 4 lelaki dewasa berusia 20 hingga 53 tahun, 6 wanita dewasa 17 hingga 69 tahun, 3 kanak-kanak lelaki berusia 3 hingga 9 tahun dan seorang  kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ditemui bersama barang,” katanya.

Dalam pada itu, PATI yang baru mendarat dimaklumkan telah menaiki bot dari Pulau Sebatik menuju ke Tawau dan akan diambil oleh ejen untuk di hantar ke destinasi yang di tetapkan.

“Kesemua PATI diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau bagi tujuan soal siasat, laporan polis serta proses saringan COVID-19 untuk tindakan lanjut,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply