Home SemasaGlobal 20 ribu pengganas serang bandar Almaty di Kazakhstan

20 ribu pengganas serang bandar Almaty di Kazakhstan

by M.Daim

NUR-SULTAN, 8 Jan – Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mendakwa bandar Almaty telah diserang oleh 20,000 orang pengganas.

Menurut beliau, pengganas telah melancarkan 6 gelombang serangan di bandar komersil terbesar di Kazakhstan.

“Ahli kongsi gelap dan pengganas begitu terlatih, tersusun dan mempunyai pusat pemerintahannya sendiri,

“Ada di antara mereka didapati berkomunikasi dalam bahasa selain bahasa Kazakh,” kata Tokayev di akaun Twitter rasminya.

Tambahnya, Kazakhstan sedang berdepan dengan tindak agresif oleh pihak luar negara.

“Operasi anti pengganas berskala besar telah dilancarkan di seluruh negara oleh pihak polis,

“Pasukan Pengawal Kebangsaan dan tentera akan melakukan kawalan keselamatan umum mengikut peruntukan perlembagaan,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, Tokayev menegaskan kerajaannya akan berusaha dan melakukan apa sahaja bagi memastikan keamanan negara dan keselamatan rakyat Kazakhstan sentiasa dilindungi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply