Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas 593 botol perisa vape bernilai RM50 ribu

PGA rampas 593 botol perisa vape bernilai RM50 ribu

by Nurulhuda

RANTAU PANJANG, 29 Dis – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan telah merampas 593 botol perisa vape yang dianggarkan bernilai RM50,405 di pangkalan haram Lubok Gong, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, ketika kejadian, anggotanya yang melaksanakan rondaan terserempak sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak dari tebing sungai ke perahu dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa anggota menghampiri kawasan tersebut, sekumpulan lelaki berkenaan melarikan diri ke negara jiran Thailand dengan menaiki perahu,

“Anggota kemudian membuat pemeriksaan pada kotak yang ditinggalkan dan mendapati pelbagai jenis perisa vape di dalamnya, disyaki untuk dibawa seludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azhari berkata, kesemua barangan tersebut dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan dan siasatan lanjut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Lati, Pasir Mas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952,” tambahnya.

 

Related Articles

Leave a Reply