Home Pertahanan dan Keselamatan PGA cekup 20 PATI baru mendarat di Sabak Bernam

PGA cekup 20 PATI baru mendarat di Sabak Bernam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru mendarat di Jeti Nelayan Sungai Nipah, Haji Dorani, Sabak Bernam pada awal pagi Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua mereka yang berusia 19 hingga 59 tahun itu ditahan pada jam 3.00 pagi oleh anggota pasukan rondaan pemantuan.

“Pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot,

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Sungai Besar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Rizal, kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM). – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply