Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 23 nelayan Vietnam leka rompak hasil laut negara

APMM tahan 23 nelayan Vietnam leka rompak hasil laut negara

A+A-
Reset

MIRI, 17 Dis – APMM Miri berjaya menahan sebuah bot nelayan bersama 23 kru termasuk tekong warga Vietnam yang merompak hasil laut negara di kedudukan lebih kurang 37 batu nautika barat laut Miri, semalam.

Pengarah APMM Miri, Kepten Maritim Md. Fauzi Othman berkata, penahanan itu dibuat hasil pengesanan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan pada jam 6.20 petang.

Menurutnya, bot tersebut bertindak cuba melarikan diri apabila dirapati oleh aset APMM bagi tujuan pemeriksaan dan geledah, namun berjaya dipintas dan ditahan oleh penguatkuasa pada jam 7.50 malam.

“Pemeriksaan dan geledah mendapati bot tersebut tidak memiliki sebarang dokumen serta kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Md. Fauzi menjelaskan, bot dan kesemua kru telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Miri, untuk siasatan lanjut.

“Hasil tangkapan ikan campur anggaran 5,000 kilogram, peralatan menangkap ikan, serta bekalan diesel lebih kurang 2,000 liter turut dirampas dan keseluruhan rampasan termasuk bot adalah dianggarkan bernilai RM 1.2juta,

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri,

“Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh didenda sehingga RM6 juta, manakala anak kapal boleh didenda sehingga RM600 ribu setiap seorang dan vesel boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia, jelasnya.

Tambahnya, kesemua kru akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga setiba di jeti. -airtimes.my

KATA KUNCI : APMMMiriVietnam

Leave a Reply