Home Pertahanan dan Keselamatan Mantan Panglima Angkatan Tentera, Panglima Perkhidmatan diraikan

Mantan Panglima Angkatan Tentera, Panglima Perkhidmatan diraikan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraikan 23 mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan sempena hari ATM ke-88 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, semalam.

Markas ATM dalam hantaran di media sosialnya berkata, majlis tahunan ini bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam ATM.

Majlis tersebut sepatutnya diadakan pada tahun lepas, namun disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang penularan wabak COVID-19 terpaksa diadakan tahun ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah hadir meraikan mantan-mantan panglima tersebut.

“Majlis kali ini telah dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memenuhi ketetapan bagi majlis-majlis rasmi ketika negara masih tertakluk kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan SriZamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM dan Pegawai Kanan ATM. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply