Home Pertahanan dan Keselamatan Kes pukul anggota: Hishammuddin mohon individu dakwa adik dipukul segera hubunginya

Kes pukul anggota: Hishammuddin mohon individu dakwa adik dipukul segera hubunginya

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon individu disebalik ciapan yang mendakwa seorang anggota tentera dipukul di dalam sebuah kem supaya menghubungi beliau dengan segera.

“Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera,

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan,” kata Hishammuddin dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Menurut Hishammuddin, beliau telah mengarahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz supaya meneliti perkara tersebut secara peribadi.

“Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” tegasnya.

Hishammuddin berkata demikian berhubung ciapan  oleh pemilik akaun @pedoqpop yang mendakwa adiknya seorang tentera yang berada dalam bilik bujang di sebuah kem dipukul oleh senior.

Individu tersebut turut mendakwa duit gaji mangsa turut habis digunakan untuk membeli barang-barang keperluan untuk 12 hingga 14 orang anggota lain.

Ciapan tersebut berkata, adiknya kini takut hendak berbuat apa-apa dan telah membuat laporan kepada pihak atasan, namun hanya mendenda dengan hukuman kawad saja selama 45 minit.

Beliau juga berkata, sudah menghubungi polis, namun polis menyuruh keluarga untuk pergi membuat aduan di kem terdahulu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply