Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan lelaki tempatan, rumah mertua jadi stor simpan rokok seludup

Polis tahan lelaki tempatan, rumah mertua jadi stor simpan rokok seludup

by Air Times News Network

MERSING, 30 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Mersing berjaya membongkar kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan rumah mertuanya sebagai stor menyimpan pelbagai jenis rokok seludup di Felda Tenggaroh 6, pada Ahad.

Komander PPM Wilayah 2 Johor, Asisten Komisioner Polis (ACP) Muhd Zailani Abdullah berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan pegawai dan anggota dari PPM Wilayah 2 Mersing bersama anggota dari Balai Polis Sungai Ambat yang dalam tugas Op Kontraband – Benteng COVID telah membuat serbuan ke atas rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati telah menemukan sejumlah rokok pelbagai jenis disyaki tidak bercukai Kastam yang disimpan di ruangan tangga hadapan rumah tersebut,

“Dalam serbuan tersebut seorang lelaki warganegara tempatan berumur 36 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Manakala, kesemua rampasan telah dibawa balik ke Balai Polis Sungai Ambat dan disiasat dibawah kesalahan Akta Kastam 1967.

Menurutnya, anggaran kasar nilai keseluruhan rampasan rokok termasuk cukai berjumlah RM60,000.

“Kes diserahkan kepada Pengawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Mersing untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply