Home Pertahanan dan Keselamatan 300,000 komuniti veteran ATM berpeluang rancakkan ekonomi secara digital

300,000 komuniti veteran ATM berpeluang rancakkan ekonomi secara digital

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melancarkan Aplikasi MyVeteranMall bagi memberi ruang dan kemudahan kepada 300,000 komuniti veteran untuk melibatkan diri dalam e-dagang dan e-servis serta menambakbaik status sosio-ekonomi mereka.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, di Hotel Royale Chulan, hari ini.

Beliau berkata, MyVeteranMall ini adalah hasil inisiatif JHEV dengan kerjasama MIDC Teknologi Sdn. Bhd anak syarikat milik penuh EDARAN Bhd, pembekal utama perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat (IT) negara bagi membantu para veteran selepas perkhidmatan mereka.

“Platform digital ini amat sesuai dan tepat pada masanya untuk membantu para veteran ATM,

“Ini terut amanya untuk mereka membuat peralihan ke era digital yang dijangka mampu menunjukkan peningkatan serta berhubung dengan komuniti luar, menjadi lebih mampu diri, membina perniagaan mampu bertahan dan kekal berguna kepada masyarakat selepas persaraan mereka,

“Penggunaan teknologi tinggi ini bukan lagi satu pilihan malah menjadi satu keperluan seharian kita yang serba canggih dan moden,

“Dengan melalui aplikasi ini, veteran ATM akan mempunyai satu ruang sehenti maya untuk membuat transaksi, memasarkan jualan, pembelian, mempromosikan barangan serta perkhidmatan dan interaksi secara dua hala berkenaan dengan info yang berkaitan aktiviti berkaitan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Aplikasi MyVeteranMall, hari ini.

Ikmal berharap peluang seperti ini menjadi titik permulaan kepada golongan veteran untuk lebih berpeluang menceburkan diri dalam e-dagang dan e-khidmat serta memberi manfaat kepada semua orang awam.

“Diharapkan platform ini memberi kejayaan serta dapat menjadi contoh dan penggalak kepada organisasi lain,

“Ia juga memberi kelebihan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan veteran ATM,” tambahnya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad. – airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply