Home Pertahanan dan Keselamatan ATM siap sedia gerakkan aset, anggota hadapi banjir – Panglima Angkatan Tentera

ATM siap sedia gerakkan aset, anggota hadapi banjir – Panglima Angkatan Tentera

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini dalam keadaan siap sedia untuk mengatur gerak aset dan anggotanya bagi menghadapi banjir.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, buat masa ini semua formasi dan unit-unit ATM dilapangan siap sedia untuk diaktifkan hadapi musim tengkujuh.

“Masa ini, semua formasi dan juga unit-unit dilapangan dalam keadaan siap sedia hadapi banjir,

“Mereka akan diaktifkan apabila mengikut keadaan semasa, mereka kini dalam keadaan siap sedia untuk diaturgerak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran MyVeteranMall di Hotel Royale Chulan, hari ini.

Menurut Affendi, kesemua anggota ATM kini di setiap tempat mengikut zon dalam keadaan siap sedia dan berjaga-jaga menghadapi musim tengkujuh. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply