Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis Marin gagalkan cubaan bawa masuk rokok seludup di Tawau – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan bawa masuk rokok seludup di Tawau

Polis Marin gagalkan cubaan bawa masuk rokok seludup di Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 8 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sejumlah rokok yang dipercayai telah diseludup masuk ke Malaysia di Tawau, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata, semasa intipan dilakukan di sungai kampung tersebut mendapati beberapa orang lelaki mencurigakan berada di kawasan tersebut.

“Mereka bergegas meninggalkan kawasan dan menghilangkan diri setelah menyedari kehadiran Polis,

“Hasil pemeriksaan kotak yang ditinggalkan mendapati didalamnya berisi tembakau dan juga rokok putih,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM W4, semalam.

Beliau berkata, kesemua rokok tersebut dirampas dan di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM19,065.60,

“Kes diserahkan kepada Kastam Tawau untuk disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?