Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 16 PATI baru mendarat kena cekup Tentera Darat

Op Benteng: 16 PATI baru mendarat kena cekup Tentera Darat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Cubaan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia memasuki negara ini secara haram gagal selepas ditahan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam Op Benteng di sekitar kawasan Pulau Kerengga, Teluk Ramunia, Johor, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, anggota yang bertugas di Pos Pemerhati telah mengesan bunyi bot berhampiran kawasan tersebut.

“Hasil maklumat tersebut, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) bagi melaksanakan serbuan sekitar pukul 1.20 pagi dan berjaya menahan 16 PATI yang baharu mendarat,

“Seramai 16 PATI yang terdiri daripada 13 lelaki dan 3 wanita warga Indonesia berusia antara 19 hingga 46 tahun itu dipercayai menceroboh masuk perairan negara melalui laluan tidak sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut 3 Div, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM12 ribu melibatkan Matawang Malaysia RM2,925, Indonesia IDR 15,184,420 (RM ,503.94) bersama 13 buah telefon bimbit serta jam tangan pelbagai jenama.

“Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Setia Tropika.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” ujarnya. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply