Home Pertahanan dan Keselamatan Anak Mat Sabu bebas tuduhan dadah

Anak Mat Sabu bebas tuduhan dadah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Anak kepada bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka di sebuah hotel 2 tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 8 bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful Islam, 33 tahun, selepas membenarkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di sini, pukul 2.05 pagi pada 5 Januari 2019.

Pada 2 Julai 2020, Ahmad Saiful Islam memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama 8 bulan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply