Home Pertahanan dan Keselamatan PGA banteras sindiket proses arak tiruan, mercun dan rokok seludup di Pontian

PGA banteras sindiket proses arak tiruan, mercun dan rokok seludup di Pontian

by Air Times News Network

JOHOR, 25 Okt – Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam telah berjaya membongkar rangkaian sindiket penjualan arak tiruan dan rokok seludup di sekitar Pontian, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya juga telah menahan 4 lelaki warga asing dipercayai terbabit dalam kegiatan tersebut.

“Tangkapan pertama berjaya menahan 4 lelaki warganegara asing yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 44 tahun di sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Sungai Burung, Pekan nenas,

“Kesemua suspek menjadikan tempat tersebut sebagai tempat pemprosesan arak tiruan, di mana nilai rampasan berjumlah RM15,992,

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Pontian untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, tangkapan kedua pula Dimin berkata, anggotanya berjaya menahan 2 lelaki warganegara asing yang aktif membekalkan mercun dan rokok tidak bercukai ke kedai-kedai runcit disekitar kawasan Simpang Renggam.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 53,659.60. Kesemua barang rampasan dibawa ke IPD Kluang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967(Akta 207),” tambahnya.

Pada masa sama,beliau berkata pihaknya menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kamasukaan pendatang asing tanpa aizn (PATI) ke negara ini.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply