Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM tumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.23 juta

PDRM tumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.23 juta

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, pihaknya telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah oleh warga tempatan dalam Operasi Shadow (Op Shadow) yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, semalam.

“Pihak PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 31 tahun dan berjaya merampas dadah jenis Methaphetamine yang bernilai RM898,200 dan Heroin yang bernilai RM276,000,

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan wang tunai berjumlah RM1,234,720,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Tambahnya lagi, hasil saringan awal oleh pihak polis mendapati suspek positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

“Suspek direman selama 7 hari bermula 20 hingga 26 Oktober di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur, Superintendent Mohd Shokri Abdullah, pegawai- pegawai kanan dan pegawai rendah polis.

Related Articles

Leave a Reply