Home Pertahanan dan Keselamatan Ahli Parlimen dakwa jet pejuang Singapura kerap ceroboh ruang udara Pasir Gudang

Ahli Parlimen dakwa jet pejuang Singapura kerap ceroboh ruang udara Pasir Gudang

by M.Daim

PASIR GUDANG, 19 Okt – Wakil rakyat Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim jet pejuang Singapura kerap menceroboh ruang udara kawasan parlimennya semenjak awal Oktober lalu.

Dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya, Hassan menyatakan perkara tersebut berdasarkan aduan rakyat setempat.

“Saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai, penduduk setempat dalam bulan Oktober 2021 dari rakyat di daerah Pasir Gudang yang meliputi Parlimen Tebrau Dan Parlimen Pasir Gudang,

“Mereka mengadu kepada saya tentang kekerapan kelihatan pesawat-pesawat tentera Republik Singapura terbang rendah di ruang angkasa Pasir Gudang yang berjiran dengan Singapura,” katanya.

Hassan yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor turut menggesa kerajaan Malaysia untuk menyiasat perkara tersebut.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan Eksesais Bersama Gold 2021 telah tamat semalam semenjak ia dijalankan mulai 8 Oktober lalu.

Latihan bersama ini melibatkan kehadiran aset-aset dari kesemua negara anggota Aturan Lima Kuasa Pertahanan (FPDA). FPDA merupakan kerjasama pertahanan yang dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Eksesais yang diadakan di kawasan Laut China Selatan ini turut melibatkan 25 buah jet pejuang termasuk dari Malaysia dan Singapura.

Pada 21 Oktober ini, satu penerbangan lintas akan diadakan di Pangkalan Udara TUDM Subang bersempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan FPDA.

Penerbangan lintas ini melibatkan /A-18F Super Hornet Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), Sukhoi Su-30MKM dan Bae Hawk 108/208 dari Tentera Udara Diraja Malaysia, F-15SG serta F-16C dari Tentera Udara Republik Singapura.

Semalam, satu penerbangan lintas telah diadakan di Marina Bay, Singapura bersempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan FPDA. Sambutan ini turut diadakan bersama aset-aset maritim negara-negara peserta Eks Bersama Gold. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply