Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Terima kasih anggota pasukan keselamatan, hanya yang cekal mampu jaga SJR – Hishammuddin – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Terima kasih anggota pasukan keselamatan, hanya yang cekal mampu jaga SJR – Hishammuddin

Terima kasih anggota pasukan keselamatan, hanya yang cekal mampu jaga SJR – Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Okt – “Terima kasih anggota pasukan keselamatan yang terlibat” kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan itu yang terlibat dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu bagi membendung wabak COVID-19.

“Mungkin nampak mudah di mata kita, tetapi hanya yang cekal dan kuat semangat sahaja mampu bertugas siang malam di pelbagai lokasi SJR,

“Terima kasih anggota pasukan keselamatan yang terlibat. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” katanya dalam hantaran di media sosial rasmi beliau, semalam.

Hishammuddin berkata demikian susulan rentas negeri telah dibenarkan dan SJR khusus untuk kawal pergerakan rentas negeri juga ditamatkan bermula tengah malam tadi.

“Namun seperti dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tadi (semalam), SJR untuk menjaga keselamatan negara akan terus dilakukan,” ujarnya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?