Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tumpaskan cuba seludup barang kawalan ke Filipina

Polis Marin tumpaskan cuba seludup barang kawalan ke Filipina

by Air Times News Network

KUDAT, 10 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan sebuah pam bot disyaki membawa barang kawalan cuba diseludup ke negara jiran di kawasan Laut Pulau Malawali Kudat, kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, ASP Cyrill Douglas berkata, anggotanya yang sedang melakukan rondaan telah mengesan sebuah pam bot bermuatan barang menuju ke sempadan negara.

“2 lelaki yang sedang menaiki pam bot menyedari kehadiran pihak berkuasa dan bertindak melarikan diri ke kawasan daratan pulau tersebut tanpa dikesan,

“Hasil pemeriksaan mendapati telah menjumpai barang kawalan yang disyaki dibawa ke Filipina,” katanya.

Tambahnya, Bot dan barang dirampas dibawa Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM17 ribu.

“Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply