Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas 1.8 tan tepung gandum di Kudat

Polis Marin rampas 1.8 tan tepung gandum di Kudat

by Air Times News Network

KUDAT, 4 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya merampas 1.8 tan tepung gandum yang cuba diseludup ke negara jiram, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, ASP Cyril Douglas berkata, rampasan telah dibuat setelah sebuah pam bot yang diletakkan dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan laut Sibogoh.

“Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan telah menjumpai beberapa kilogram tepung gandum yang dipercayai dibawa ke negara jiran untuk diseludup,

“Barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM Wilayah 4, Sabah, hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM22,260.00 dan kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply