1.2K
TAWAU, 4 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan cubaan seludup masuk barangan kosmetik dari negara jiran.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya terserempak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan namun berjaya melarikan diri ketika dihampiri oleh pasukan keselamatan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas barangan yang ditinggalkan mendapati berisi barangan kosmetik dianggarkan berjumlah RM2,652.
“Kesemua barang yang dirampas dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.” ujarnya. – airtimes.my