Home SemasaGlobal Pertemuan Putin-Erdogan bincang perolehan S-400, kerjasama pertahanan

Pertemuan Putin-Erdogan bincang perolehan S-400, kerjasama pertahanan

by M.Daim

MOSKOW, 30 Sept – Rusia dan Turki telah mengadakan perbincangan perolehan sistem pertahanan udara S-400.

Pertemuan antara presiden kedua-dua negara, Vladimir Putin dan Recep Tayyip Erdogan turut membincangkan kerjasama pertahanan Moskow-Ankara.

“Kedua-dua pihak membincangkan rancangan untuk meluaskan kerjasama ketenteraan dan teknikal. Perolehan S-400 turut disentuh dalam pertemuan tersebut,” kata jurucakap presiden, Dmitry Peskov dilaporkan oleh TASS.

Menurut beliau, pertemuan tersebut turut membincangkan kemungkinan untuk menghasilkan komponen S-400 di Turki.

Kerjasama bina pesawat dan kapal selam

 Sementara itu, media Turki memetik kenyataan Erdogan yang menjelaskan pertemuan beliau dengan Putin turut menyentuh kerjasama dalam menghasilkan aset ketenteraan.

“Kami telah berbincang untuk melihat kemungkinan bagi menghasilkan pesawat tempur dan kapal selam secara bersama,” katanya.

Ankara telah menandatangani perolehan sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia pada 2017. Pembelian ini sekaligus menjadi Turki menjadi negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk memiliki sistem persenjataan tersebut.

Namun begitu, perolehan ini telah menimbulkan kemarahan di pihak NATO dan Amerika Syarikat (AS).

Selain daripada itu, Turki telah disingkirkan dari program pembangunan jet pejuang generasi ke- Lockheed Martin F-35 Lightning II.

S-400 Triumf merupakan sistem peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana dan jauh yang digunakan oleh Rusia semenjak 2007. Sistem persenjataan ini direka untuk mengempur pesawat, peluru berpandu kruis dan peluru berpandu balistik.

Ia mampu untuk mengempur sasaran pada jarak 400 kilometer. Selain daripada itu, peluru berpandu ini mampu untuk mencapai altitud 30 km. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply