Home Pertahanan dan Keselamatan Penganjuran LIMA dan DSA bergantung dengan suasana pandemik global – Menteri

Penganjuran LIMA dan DSA bergantung dengan suasana pandemik global – Menteri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) serta Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) adalah bergantung kepada situasi semasa COVID-19 global.

“Penganjuran LIMA dan DSA adalah bergantung kepada keadaan COVID-19 di negara ini. Keputusan penganjuran pameran tidak hanya berdasarkan kepada pertimbangan kita sendiri kerana suasana pandemik akan menentukan pembabitan industri berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-9 di Pangkalan Udara TUDM Subang, hari ini.

Beliau menambah, pihaknya perlu mengadakan perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan serta industri luar negara bagi memastikan penglibatan mereka untuk menjayakan kedua-dua pameran tersebut.

Pandemik COVID-19 yang melanda negara menyaksikan tiada penganjuran pameran DSA pada tahun 2020 dan LIMA 2021.

Pameran DSA 2022 dijadualkan akan berlangsung pada Mac tahun hadapan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply