Home Pertahanan dan Keselamatan 4 juta data peribadi rakyat Malaysia bocor, dijual pada harga RM 35 ribu

4 juta data peribadi rakyat Malaysia bocor, dijual pada harga RM 35 ribu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Data peribadi 4 juta rakyat Malaysia dikesan sedang dijual di sebuah forum luar negara.

Pengguna forum terbabit menawarkan data bersaiz 31.8GB tersebut pada harga 0.2 bitcoin (sekitar RM RM35,495).

Sumber memaklumkan kepada Air Times bahawa data tersebut dijual semenjak 24 September lalu.

“Penjual dakwa data tersebut diperolehi melalui Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang dibuat untuk myIDENTITY yang digunakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Jelasnya, pangkalan data yang dijual mengandungi maklumat peribadi rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 1979 hingga 1998.

Antara butir-butir peribadi yang dijual adalah Nama Penuh, No Telefon, Alamat Rumah, No MyKad dan alamat e-mel. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply