Home Pertahanan dan Keselamatan Program Jiwa Murni: 21 GGK bantu penduduk kampung Sungai Muka Dua

Program Jiwa Murni: 21 GGK bantu penduduk kampung Sungai Muka Dua

by Air Times News Network

JOHOR, 3 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dengan menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk kampung Sungai Muka Dua, kelmarin.

Markas 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) berkata, program ini bertujuan untuk mengurangkan beban penduduk kampung yang terkesan dengan kesempitan ekonomi ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“19 bungkusan yang mengandungi keperluan asas makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak, telur dan sebagainya,

“Aktiviti ini juga akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, aktiviti sebegini merupakan serampang dua mata bagi meningkatkan imej positif tentera dalam kalangan masyarakat tempatan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply