Home SemasaGlobal Militan serang pos sempadan Pakistan-Afghanistan, 2 maut

Militan serang pos sempadan Pakistan-Afghanistan, 2 maut

by M.Daim

ISLAMABAD, 30 Ogos – Pihak tentera Pakistan mengesahkan 2 anggota tenteranya maut selepas pos kawalan sempadan negara itu dengan Afghanistan telah diserang oleh sekumpulan militan.

Menurutnya, kumpulan penyerang melepaskan tembakan dari arah Afghanistan.

Kejadian berlaku pada hari Ahad di wilayah Bajaur, Pakistan.

“Tentera Pakistan membalas tembakan dan mebunuh 3 pengganas dan mencederakan 4 yang lain,” kata tentera Pakistan dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Islamabad mengutuk insiden tersebut yang dilihat sebagai cubaan mencabar kedaulatan Pakistan.

Serangan sebegini merupakan kali pertama berlaku selepas Taliban mengambil alih pimpinan Afghanistan pada 15 Ogos lalu.

Bajaur merupakan antara wilayah berbahaya dalam Pakistan kerana menjadi sarang pelbagai kumpulan militan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply