Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan seludup minuman keras di Johor

Polis Marin gagalkan seludup minuman keras di Johor

by Air Times News Network

JOHOR, 30 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) Johor berjaya merampas 183,800 batang rokok dan 8 karton minuman keras pelbagai jenama di di Jalan 3/1, Taman Kempas, 81200, Johor, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Polis, Muhd Zailani Abdullah berkata, rampasan tersebut hasil maklumat anggota pasukan yang telah membuat pemantauan kawasan premis tersebut.

“Dalam melaksanakan pemantauan, seorang lelaki dewasa tempatan sedang memunggah sebuah kotak berwarna coklat di bahagian belakang but kenderaan Perodua Alza ke dalam premis,

“Hasil pemeriksaan mendapati telah menjumpai beberapa karton arak didalam kenderaan yang dipandu oleh suspek,

“Pemeriksaan lanjut telah menjumpai sejumlah kotak berwarna coklat disyaki rokok yang diletakkan di dalam stor belakang premis tersebut,

“Kesemua barang yang dijumpai disyaki tidak bercukai dan akan diseludup ke pasaran tempatan, nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 141,768.00,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 30 tahun turut ditahan yang dipercayai terlibat dengan pengedaran rokok seludup tersebut.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk sebuah kenderaan berserta nilai cukai rokok adalah sebanyak RM 181,766.00,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam 1967,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply