Home Pertahanan dan Keselamatan Pelan Pemulihan Integriti PDRM perlu di kaji semula – MCCF

Pelan Pemulihan Integriti PDRM perlu di kaji semula – MCCF

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Jul – Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus melaksanakan Pelan Pemulihan Intergriti untuk mendapatkan semula keyakinan masyarakat terhadap pasukan itu.

Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, pucuk pimpinan PDRM perlu mengambil tindakan drastik dalam menyediakan pelan jangka pendek dan panjang ini untuk mengembalikan semula kepercayaan terhadap intergriti dalam kalangan anggota dan pegawai.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Skuad 1/86 PULAPOL, menyokong langkah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Bukit Aman yang telah mengambil tindakan wajar terhadap seorang Ketua Polis Balai yang menjadikan Balai Polis sebagai tempat hiburan yang diviralkan di laman sosial.

Menurutnya, Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad menjelaskan, pihak polis memandang serius salah laku yang dilakukan anggota PDRM dan serbuan dibuat bagi memastikan balai polis tidak dicemari dengan kegiatan tidak bermoral.

“Sudah tiba masanya pucuk pimpinan PDRM yang baru Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani mengambil tindakan drastik dalam menyediakan pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk memperkukuhkan integriti warga PDRM serta mendapatkan keyakinan masyarakat kepada PDRM antara institusi tertua di negara ini,

“Jantung dan hati PDRM adalah di bahagian Pengurusan dan Latihan serta Perjawatan pasukan tersebut,

“Di bawah Jabatan Pengurusan dan Latihan yang merupakan satu jabatan paling penting dalam penerapan nilai integriti serta displin pasukan agar semua pelatih-pelatih polis di asuh dan di terapkan nilai-nilai ini di semua Pusat Latihan Polis seluruh negara,

“Pemilihan calon-calon melalui ‘kabel-kabel’ atau dari kalangan anak-anak VIP mestilah melalui proses pemilihan yang sama. Pihak kejurulatihan pelatih samada pegawai atau konstabel pula mestilah di berikan kuasa sepenuhnya untuk membentuk dan mendisiplinkan pelatih-pelatih polis yang berintegriti dan profesional,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Selain itu, Halim menjelaskan, JIPS perlu lebih pro-aktif dalam menangani kes-kes salah laku dan rasuah di kalangan warga PDRM dengan mengambil pendekatan mencegah sebelum berlakunya kesalahan di kalangan semua peringkat pegawai hingga anggota.

“Saya yakin masyarakat juga amat adil dan dapat menghargai pengorbanan majoriti warga PDRM yang jujur dan amanah menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan komuniti dan negara,” tambahnya.

Semalam, media melaporkan seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama 3 anggotanya serta 4 wanita orang awam ditahan JIPS Bukit Aman ketika mereka berhibur dalam bilik khas di balai polis diketuainya.

Ketika serbuan terhadap balai berkenaan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Hasil pemeriksaan, polis menahan OCS berpangkat Sub Inspektor, 2 Koperal dan seorang Koperal sokongan serta 4 wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply