Home Pertahanan dan Keselamatan CMVT ATM komited laksana program Imunisasi COVID-19 di kawasan pendalaman Sarawak

CMVT ATM komited laksana program Imunisasi COVID-19 di kawasan pendalaman Sarawak

by Nurulhuda

SIBU, 19 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited mengaturgerakkan pasukan perubatan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) untuk membantu kerajaan dalam merealisasikan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pendalaman Sarawak.

Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) berkata, program vaksinasi pada kali ini telah dilaksanakan di kawasan Pasai Siong pada 13 hingga 15 Julai lalu.

Program vaksinasi ini melibatkan 5 orang pegawai dan 28 anggota ATM serta staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai oleh Mej Mohd Zaidi Mohd Jamil selaku pengelola program.

“Program vaksinasi ini telah melibatkan penerima vaksin dos pertama yang terdiri daripada 971 penduduk yang merupakan penduduk 42 rumah panjang di Pasai Siong,

“Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu penduduk di pedalaman Sarawak untuk mendapatkan vaksin sejajar dengan PICK, yang mensasarkan 80 peratus populasi rakyat Malaysia mendapat vaksin, sekali gus dapat menamatkan rantaian penularan wabak COVID-19 ini,” katanya dalam hantaran di media sosial milik 9 Briged, hari ini.

Seterusnya, perlaksanaan pemberian vaksinasi bagi dos kedua pula dijangka pada 3 Ogos 2021 di lokasi yang sama.

CMVT ke kawasan pendalaman Sarawak diselaraskan oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) ini telah mula beroperasi sejak 21 Jun lalu bagi membantu pihak kerajaan mempercepatkan pelaksanaan PICK di kawasan pendalaman Sarawak. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply