Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak masak

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak masak

by Air Times News Network

SANDAKAN, 15 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan 4 lelaki membawa barang kawalan tanpa permit di kawasan Laut Pulau Bai, awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, bertindak atas maklumat risikan mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan menuju ke laut lepas, bot tersebut berjaya ditahan yang dijurangi  seorang lelaki dan tiga orang awak-awak yang berumur antara 30 hingga 50 tahun

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kotak minyak masak dan mee kering di dalam milikan juragan,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM46,348.40 termasuk nilai enjin dan jongkong yang dirampas,”katanya.

Dalam pada itu, pemeriksaan lanjut dilakukan keatas juragan dan hasil saringan air kencing adalah positif serta memiliki dadah jenis syabu,

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Dadah Berbahaya 1952,

“Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya,”ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply