Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tumpas sindiket dadah bernilai RM44 juta

Polis tumpas sindiket dadah bernilai RM44 juta

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 9 Jul – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan merampas sejumlah dadah bernilai RM44 juta di sekitar Selangor, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah berjaya membongkar 3 stor penyimpanan dadah.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas 431 bungkusan berisi dadah jenis syabu, 863 slab disyaki heroin base dan 2,000 biji pil disyaki erimin 5 di sekitar Selangor,

“Nilai rampasan dadah ini dianggarkan RM44 juta,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan lebih 25 juta orang penagih dadah.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di mana pelbagai aset sindiket dengan anggaran bernilai RM 477,709.21 telah disita,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply