Home Pertahanan dan Keselamatan Ismail Sabri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Jul – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan ini dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan serta ekonomi pada masa ini.

Pelantikan tersebut telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan ia berkuat kuasa serta-merta.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang tulus, bebas rasuah serta berintegriti,” jelas kenyataan itu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply