Home Pertahanan dan Keselamatan Imigresen serbu kilang, 229 warga asing diberkas

Imigresen serbu kilang, 229 warga asing diberkas

by Nurulhuda

MERU, 1 Jul – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu sebuah kilang pelupusan besi di Meru, Klang dan berjaya menahan seramai 229 orang warga asing yang sedang bekerja di kilang tersebut, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua yang ditahan berumur 22 hingga 45 tahun melibatkan 99 warga India, Bangladesh (88), Pakistan (33), Myanmar (5), Indonesia (3) dan seorang warga Nepal.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Pelan Pemulihan Negara.

Selain itu, kilang itu juga melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen iaitu menggunakan tenaga kerja warga asing yang tiada dokumen dan tinggal lebih masa.

Operasi yang dijalankan pada jam 11.00 pagi itu turut melibatkan seramai 90 orang pegawai Imigresen dengan dibantu oleh 35 orang pegawai penguatkuasa dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Antara kesalahan dikenal pasti ialah pekerja warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah selain menyalahgunakan pas dan tinggal lebih masa,

“Selain pemeriksaan ke atas dokumen dan pas pekerja asing, aspek pematuhan SOP PKP lain turut diperiksa oleh agensi lain yang terlibat dalam operasi ini,

Menurutnya, kilang berkenaan turut dikompaun oleh PDRM sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP PKP, selain RM20,000 oleh JTK kerana gagal mematuhi SOP pengurusan tempat kerja,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Khairul Dzaimee berkata, kesemua tahanan akan dibawa menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan di atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply